08/01/2012 5:41pm
SHAH ALAM — Pengerusi Jawatankuasa Tetap Hal Ehwal Islam, Adat-Adat
Melayu, Infrastrukur dan Kemudahan Awam Selangor, Datuk Dr. Hasan
Mohamed Ali dipecat sebagai ahli Pas berkuat kuasa serta merta.
Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dalam satu kenyataan yang
disiarkan dalam laman web organ parti itu, HarakahDaily hari ini
berkata, keputusan memecat Dr. Hasan dibuat pada mesyuarat Pas Pusat di
Kuala Lumpur hari ini berdasarkan Fasal 82(9).
Abdul Hadi berkata, keputusan itu dibuat berdasarkan
tindakan-tindakan Dr. Hasan yang menyalahi dan merugikan kepentingan
parti sebagaimana yang diperuntukkan dalam Perlembagaan Pas.
Katanya, keputusan itu diambil setelah mempertimbangkan segala
pandangan yang diberikan oleh Ahli-ahli Jawatankuasa Pas Pusat dalam
mesyuarat itu. — BERNAMA







0 comments:
Post a Comment