![]() |
Syarikat Kia Motors dari Korea Selatan menjadi
pilihan utama Kementerian Dalam Negeri Israel bagi membekalkan kenderaan untuk
kegunaan pihak polis. Polis Israel telah diperuntukkan kenderaan jenama Kia untuk anggota polis peronda bagi menggantikan kenderaan sedia ada. Antara
jenama yang digunakan sebelum ini oleh pihak polis Israel ialah,
Skoda,Mazda,Toyota,Renault,Chevrolet,Subaru & Ford.
![]() |
Pihak pengurusan tertinggi Kia Motors yang
berpangkalan di Seoul, begitu berbesar hati dapat menembusi pasaran yang
sebelum ini dimonopoli oleh syarikat pengeluar utama kenderaan terutamanya dari
Amerika & Jepun. Jenama tersebut bukan lagi menjadi pilihan utama
sebilangan pengguna di Israel keseluruhanya. Didorong oleh khidmat selepas
jualan yang tidak mengecewakan oleh Kia Motors Israel serta berhubungkait dengan kejayaan Kia di
pasaran Amerika Utara menyebabkan pengguna di timur tengah juga beralih arah," Kata Ketua Pegawai Eksekutif Kia Motors Hyoung Keun Lee.









0 comments:
Post a Comment