Pages

drbaganserai.blogspot.com

MASJID JAMEK DAERAH BAGAN SERAI.

BUKIT MERAH LAKETOWN RESORT.

Ban Pecah, Tanjung Piandang,Perak.

Photo By Hazman Hashim.

Kuala Gula,Perak.

Photo by cm yong.

Monday, July 29, 2013

Polis Israel Guna Kereta Kia


Syarikat Kia Motors dari Korea Selatan menjadi pilihan utama Kementerian Dalam Negeri Israel bagi membekalkan kenderaan untuk kegunaan pihak polis. Polis Israel telah diperuntukkan kenderaan jenama Kia untuk anggota polis peronda bagi menggantikan kenderaan sedia ada. Antara jenama yang digunakan sebelum ini oleh pihak polis Israel ialah, Skoda,Mazda,Toyota,Renault,Chevrolet,Subaru & Ford. 

Pihak pengurusan tertinggi Kia Motors yang berpangkalan di Seoul, begitu berbesar hati dapat menembusi pasaran yang sebelum ini dimonopoli oleh syarikat pengeluar utama kenderaan terutamanya dari Amerika & Jepun. Jenama tersebut bukan lagi menjadi pilihan utama sebilangan pengguna di Israel keseluruhanya. Didorong oleh khidmat selepas jualan yang tidak mengecewakan oleh Kia Motors Israel serta berhubungkait dengan kejayaan Kia di pasaran Amerika Utara menyebabkan pengguna di timur tengah juga beralih arah," Kata  Ketua Pegawai Eksekutif Kia Motors Hyoung Keun Lee.

Sunday, July 28, 2013

Pak Lah punca kerosakan UMNO



1 - “Kerosakan UMNO bermula dari waktu Pak Lah menjadi pemimpin UMNO, dan kemudian DS Najib gagal memperbetulkan nya malah keadaan bertambah buruk”.

2 - “Akibat perpecahan perpecahan Melayu orang cina menjadi penentu kuasa malah kemungkinan kita akan dapat Perdana Menteri Melayu yang ikut telunjuk cina, ini sudah pun berlaku sekarang”.

3 - “Lihat sahaja isu EC yang di serah kepada Parlimen, ini semua tanda tunduk kepada desakan kerana kedudukan kita tidak begitu kuat begitu juga lah dengan ISA dan isu keselamatan, ini semua sebab pemimpin nak jaga hati lawan”

4 - “DS Najib nak jadi “BRAND” dan juga cogan “1Malaysia” kerana di fikirkan nama UMNO sudah tidak bagus lagi”

1Malayisa tidak dijelaskan dengan betul,ia bermaksud lain pada pihak lain pada orang cina ia bermaksud semua sudah sama melayu dan cina, pada orang melayu ia bermaksud tiada lagi sekolah cina dan sebagai nya”

5 - “Keadaan bertambah buruk dengan memiliki penasihat yang tidak faham politik dan sensitivity, tapi malang nya mereka lah yang didengar oleh pemimpin”

6 - “Pemuda UMNO sekarang tidak semacam dulu” ujar Tun, ini amat ketara kerana Pemuda UMNO ada agenda dan kepentingan sendiri dan bukan pemankin kepada penentu kuasa orang melayu. 

“Nak kira 700 undi pun makan masa 8 jam” 

7 - Tun Mahathir juga berkata banyak pihak yang berjumpa dengan nya merasakan melayu tersisih kerana DS Najib terlalu tumpu mahu menarik perhatian pihak yang tidak menyokong nya terutama nya orang cina.Malah mereka ini sangat di layan dengan istemewa berbanding dengan orang Melayu yang menyokong nya.

Walaupun DS Najib naik atas tiket Melayu tapi amat malang dia masih menumpu kepada bukan melayu untuk di layan.

8 - Tentu sekali pemimpin UMNO bukan jenis yang berkata benar kepada DS Najib akan keadaan dibawah kerana mereka seperti di kata bukan lagi ahli yang berkualiti selain hanya mahu mengampu dan memberi kabaran baik sahaja.

9 - “Ada kah sebarang kontrak orang cina akan serah kepada Melayu?” ujar Tun Mahathir. “orang melayu yang dapat tender dan kontrek akhir nya akan sub kepada bukan melayu juga tapi malang nya apa yang dapat kepada orang cina tidak pernah dapat kepada orang melayu.

10 - “Orang Melayu undi Najib bukan kerana suka kepada nya, tapi kerana takut kepada Anwar dan Lim Kit Siang dan apa yang akan dibawa oleh kedua nya, lalu ketakutan mereka diterjemah kepada undi kepada UMNO dan DS Najib” 

11 - “BR1M akan menjadi masalah jika satu ketika nanti rakyat sudah terbiasa dengan pemberian sebegini, dan keadaan akan jadi buruk apa bila tidak lagi dapat memberi nya”

12 - “Saya Ultra Malay tapi orang cina tahu dan kenal cara saya dan mereka undi saya, ada cara nya untuk memikat hati mereka, pendekatan DS Najib tidak betul dengan sentiasa menghulur kan wang, mereka akan ambil tetapi belum tentu mengundi”

Akhir sekali Tun berkata “Saya akan terus bersuara untuk bumiputera dan melayu, jika mereka kata saya rasis Ya saya akan kata saya rasis”.

Bayi tersepit mesin kuih

Bomba mengambil masa 20 minit mengeluarkan tangan Mohd Uqshah yang tersepit di mesin adun kuih di Muar. - Foto Fairul Asmaini Mohd Pilus

Muar: Seorang bayi lelaki berusia 13 bulan cedera tangan kiri yang tersepit pada mesin pengadun kuih ketika menemani ibunya bekerja membuat kuih raya di sebuah kilang di Taman Utama Bakri, dekat sini, semalam.

Dalam kejadian jam 10.30 pagi itu, Mohd Uqshah Iman Ramli, turut luka dan berdarah pada mulut disepit mesin berkenaan ketika sedang bermain berhampiran alat itu yang diletakkan di atas lantai. Ibunya, Maznah Osman, 37, berkata dia sedang bekerja dan tidak sedar anaknya menghampiri mesin itu sebelum Uqshah tiba-tiba menjerit dan menangis dengan kuat kerana tangan kiri disepit mesin sedang bergerak itu.

“Badannya turut bergerak mengikut mesin itu yang berpusing sehingga mengakibatkan mulutnya terhantuk sebelum berdarah dan bengkak.

“Walaupun suis dimatikan, tangan anak saya masih tersepit di antara bekas tepung dan bahagian utama mesin.

“Usaha menarik keluar tangannya tidak berhasil. Saya menghubungi bomba yang menghantar tiga anggota kira-kira jam 11 pagi dan mengambil masa 20 minit mengeluarkan tangan anak saya.

“Uqshah dihantar ke Hospital Pakar Sultanah Fatimah dan dirawat sebagai pesakit luar,” katanya.
Pemilik kilang, Norhadidah Harun, 43, berkata ketika kejadian, dia berada di tingkat atas premis itu sebelum mendengar bayi berkenaan menjerit dan bernasib baik kerana seorang pekerja bertindak pantas menutup suis mesin, sekali gus mengelak kejadian lebih buruk.
http://www.bharian.com.my/

Saya hanya mencari kebenaran - Bapa


IPOH 27 Julai - Bapa kepada seorang pemuda yang ditemui mati tersepit pada palang besi tingkap dapur ketika cuba menceroboh masuk rumah jirannya 20 Julai lalu, membuat laporan polis kerana tidak berpuas hati dengan siasatan kematian anaknya.
Mohd. Damanhuri Mohd. Fuat, 50, membuat laporan di Balai Polis Manjoi dekat sini pada pukul 11.55 pagi ini bagi menuntut supaya siasatan dan bedah siasat kedua dilakukan ke atas mayat anaknya, Sherol Aizan, 27.
"Saya mengesyaki anak saya dipukul. Ini kerana terdapat kesan jerutan di leher selain mengesyaki pergelangan tangan kiri dan tulang rusuk kanan anak saya juga patah.
"Saya dimaklumkan punca kematian kerana sesak nafas akibat tersepit sedangkan daripada pandangan zahir, kecederaan pada mayat mangsa tidak sepadan dengan hasil laporan bedah siasat yang dijalankan," katanya ketika ditemui di sini hari ini.
Dalam kejadian itu, Sherol Aizan, 27, ditemui mati tersepit di celah palang besi tingkap dapur kediaman itu di Taman Saz di sini, kira-kira pukul 12.15 tengah malam.
Mangsa yang merupakan anak sulung dipercayai masuk dengan membuka tingkap di bahagian sinki dapur rumah jenis teres setingkat itu yang hanya selang beberapa buah dari kediaman keluarganya.
Menurut Mohd. Damanhuri, dia bercadang mendapatkan perintah mahkamah Isnin ini bagi membolehkan bedah siasat kali kedua dijalankan terhadap mayat anaknya.
"Saya perlukan keadilan terhadap kematian Sherol Aizan. Saya mencari kebenaran dan bukannya mahu menegakkan kesalahan dia. Saya cuma mahu mengetahui sebab-sebab kematian anak saya.
"Sekiranya keputusan bedah siasat itu juga sama seperti sebelumnya, saya masih tidak pasti apa tindakan seterusnya yang akan diambil," ujarnya.

Fahaman Syiah wujud dalam kalangan ahli Pas - Hasan Ali

KUALA LUMPUR 27 Julai - Pas sukar untuk menafikan bahawa fahaman Syiah tidak wujud di dalam parti itu dan antara puncanya adalah kegagalan pucuk pimpinan mengambil tindakan tegas terhadap sebarang berita atau aduan mengenai penglibatan pemimpin serta ahlinya di dalam fahaman tersebut.

Bekas Naib Presiden Pas, Datuk Dr. Hasan Ali berkata, selama ini sudah ada bukti-bukti yang menunjukkan terdapat pemimpin tertinggi Pas mengamalkan fahaman Syiah.

Pemimpin itu ujarnya, dikatakan tidak menunaikan solat Jumaat, melakukan pelbagai taqiyyah (berpura-pura) selain tersebarnya video kunjungan hormat pemimpin berkenaan ke atas rejim ganas Bashar al-Asad ketika seluruh umat Islam mengutuk keganasan Presiden Syria terhadap rakyatnya sendiri.

"Apa yang ingin saya tonjolkan di sini, pemimpin tertinggi Pas dikatakan tidak mempunyai taring dan keberanian politik untuk mengambil tindakan drastik terhadap pemimpin atasan tersebut yang selama ini secara terang-terangan menyalahi undang-undang tubuh Pas.

"Undang-undang tubuh Pas mengharamkan ahli-ahlinya menganut fahaman selain daripada Ahli Sunnah Wal Jamaah," katanya kepada Mingguan Malaysia di sini hari ini.

Utusan Malaysia hari ini melaporkan dua pemimpin tertinggi sebuah parti politik dikenal pasti sebagai bertanggungjawab menyebar dan memberi sokongan politik kepada gerakan Syiah negara ini terutama di utara tanah air.

Selain itu Hasan berkata, terdapat juga berita mengenai adanya pemimpin tertinggi Pas telah dipanggil bersemuka dengan Majlis Syura Ulama untuk mengiya atau menafikan penglibatannya di dalam kegiatan Syiah.

Dalam perkembangan lain beliau berkata, ada dakwaan mengatakan kekalahan beberapa calon utama Pas di dalam Pilihan Raya Umum Ke-13 lalu seperti di Kedah disebabkan wujudnya faktor Syiah di dalam parti itu.

"Seingat saya setiap kali datangnya tahun pemilihan di dalam muktamar tahunan Pas, isu pemimpin Syiah dalam parti sering dijadikan bahan kempen untuk memenang dan menewaskan seseorang calon yang merebut kerusi kepimpinan parti," katanya.

Walau bagaimanapun ketika menjawab satu soalan, beliau meminta maaf kerana tidak dapat menentukan secara definitif keseriusan fahaman Syiah di dalam Pas.

"Yang jelasnya isu ini telah kerap ditimbulkan sejak dari awal lagi penyertaan saya di dalam Pas iaitu pada era Allahyarham Datuk Fadzil Noor.

"Walau apa pun, maklumat yang ada pada saya selari dengan apa yang dipaparkan di dalam media. Bagi saya soal penglibatan pemimpin-pemimpin kanan itu serius dan perlu diberi perhatian serta tindakan tegas dan menyeluruh," katanya.

Mengenai penglibatan pemimpin Parti Keadilan Rakyat (PKR) di dalam fahaman Syiah, Hasan berkata, beliau tidak dapat mengesahkannya secara pasti.

"Namun, seperti yang terdapat di dalam sebuah portal di internet ada menyebut pimpinan PKR di salah sebuah negeri di Semenanjung dikatakan seorang penganut ajaran Syiah," ujarnya.

Sementara itu beliau berkata, antara kenyataan yang sukar dinafikan bahawa wujudnya fahaman Syiah di dalam kepimpinan politik pembangkang ialah terdapatnya lambang-lambang dikaitkan dengan Syiah khususnya berkaitan Ayatollah Khomeini ditampil secara terbuka kepada umum oleh mereka.

"Ini juga bermakna kewujudan Syiah dalam kalangan pimpinan dan penyokong parti politik bukan sesuatu yang tersembunyi sebaliknya ditonjol dengan megah di saf hadapan," katanya lagi.
http://www.utusan.com.my

Saturday, July 27, 2013

Kesabaran Orang Islam Kian Pudar

ISU agama merupakan antara perkara sensitif yang tidak sepatutnya dipermainkan mana-mana pihak sama ada individu berlainan agama mahupun penganut yang buta ilmu.
Namun, hinaan demi hinaan terhadap agama Islam semakin kerap dan banyak berlaku sama ada dalam kalangan rakyat biasa, pemimpin komuniti atau politik dan terkini oleh orang luar.
Kenyataan celupar Duta Vatican City ke Malaysia, Biskop Joseph Marino menyokong penggunaan kalimah Allah bagi penganut Kristian di negara ini menyebabkan isu yang hampir reda itu kembali panas.
Ditambah pula sepasang kekasih berbangsa Cina menghina bulan Ramadan menyebabkan semakin ramai yang mempersoalkan apa yang akan dilakukan pihak berkuasa khususnya Kementerian Dalam Negeri (KDN).
Walaupun bilangan orang bukan Melayu yang berterusan menghina Islam kecil sahaja, tetapi kerana nila setitik rosak susu sebelanga, janganlah berterusan amaran demi amaran tanpa hukuman untuk mengingatkan orang biasa, pemimpin mahupun orang luar kedudukan Islam di negara ini.
Penghinaan beberapa individu ini boleh menyebabkan perbalahan besar antara kaum, masyarakat Islam juga dikhuatiri melihat kerajaan terlalu lemah dalam mempertahankan agama mereka sementara orang luar akan berterusan mempermainkan kedudukan Islam di negara ini.
Ahli Lembaga Pengarah dan Pengerusi Biro Sosiobudaya dan Warisan, Dunia Melayu Dunia Islam, Profesor Datuk Dr. Abdul Latiff Abu Bakar membantah keras campur tangan orang luar dalam hal-hal berkaitan agama Islam, khususnya oleh seorang wakil diplomatik.
“Marino itu duta, patut utamakan hubungan diplomatik, bukannya jaga kepentingan agama dia sahaja. Perlu hormati keadaan di sini, Islam agama rasmi dan telah ditetapkan kalimah Allah tidak dibenarkan untuk orang Kristian.
“Saya setuju dengan beberapa cadangan dikemukakan pihak-pihak yang turut membantah sebelum ini, perlu bertindak tegas sama ada batalkan statusnya ataupun hantar balik sahaja," tegasnya.
Tambah Abdul Latiff, jika dibiarkan perbuatan ‘kurang ajar’ sedemikian, orang lain akan melihatnya sebagai lesen besar untuk bermaharajalela menghina Islam tanpa pedulikan ia sensitif dan menyakiti umat Islam di seluruh negara.
Beliau berharap KDN akan betul-betul bertegas kali ini dan jangan terus bermain amaran dengan pihak-pihak yang mempermainkan kesucian Islam sama ada rakyat biasa, pemimpin komuniti atau politik mahupun warga asing.
“Perkara ini boleh menjejaskan pandangan orang di dalam dan luar negara terhadap usaha mempertahankan Islam iaitu agama Persekutuan yang perlu dilindungi kerajaan.
“Walaupun pelbagai peringkat telah tetapkan kalimah Allah eksklusif, tetapi masih ada mempermain isu ini tanpa mempedulikan bahaya apabila rasa tidak puas hati membuak dalam kalangan umat Islam," katanya.
Menurut Abdul Latiff, negara lain seperti China dan Singapura tidak pernah berkompromi dengan isu sensitif seperti mempermainkan agama tetapi di Malaysia sudah ada yang berani hina Islam, apatah lagi orang itu bukan Islam yang bangkit dengan angkuh dan berani.
Beliau sedih melihatkan terlalu ramai yang mempersenda agama Islam tanpa provokasi kebelakangan ini dan dikhuatiri boleh membawa kepada pergaduhan antara kaum dan agama.
“Ini bukan soal hak asasi, liberalisme dan kebebasan bersuara mereka untuk menghina Islam. Jangan ganggu dan permainkan agama kami kerana ia juga satu kesalahan dari segi undang-undang.
“Penguatkuasaan perlu kuat, jangan biarkan orang lain dengan mudah permainkan agama kita. Kes rogol atlet baru-baru ini dalam satu minggu sudah ditangkap, tetapi bila kes perkecilkan Islam lambat pula didakwa," ujarnya.
Abdul Latiff turut mengingatkan pihak berkuasa khususnya KDN agar bertindak tanpa mengira kedudukan pihak yang menghina Islam itu atau hukuman berbeza-beza memandangkan undang-undang sudah ada untuk menyekatnya.
Tegasnya lagi, penguatkuasaan terhadap pihak yang menghina Islam setakat ini sangat lemah walaupun heboh didebatkan tetapi tindakannya lambat, kerap kali berterusan ‘dalam siasatan’ dan akhirnya tiada yang dibawa ke muka pengadilan.
“Jika terus dibiarkan, makin lama semakin teruk mereka akan hina Islam. Jika rasa undang-undang yang ada lemah, gubal akta baharu tetapi pastikan siapa pun yang tidak patuh dan mempermainkan agama diambil tindakan segera.
“Ini sangat sensitif, jika terus-menerus senyap sahaja, lama kelamaan dikhuatiri kesabaran orang Melayu dan Islam akan meletup seperti gunung berapi," katanya.
Pengerusi Sukarelawan Peguam (SukaGuam) yang juga Pengerusi Khairul Group, Datuk Khairul Anwar Rahmat pula menegaskan hubungan diplomatik mempunyai hadnya dan seorang duta tidak patut mencabar keimanan orang Melayu.
“Zahirnya memang lemah lembut tetapi keimanan Melayu tebal dalam mempertahankan maruah agama, kita tidak akan benarkan kalimah Allah digunakan sewenang-wenangnya.
“Dalam kes ini, kita boleh usir duta itu, gantung taraf diplomatik dengan negaranya ataupun memutuskan terus hubungan. Bukannya Malaysia tidak pernah putuskan hubungan diplomatik dengan negara yang tidak hormati kita lebih-lebih lagi dalam bab agama," tegasnya.
“Jika secara ‘suka-suka’ mempermainkan Islam, boleh juga diambil tindakan bawah Akta Hasutan kerana mencemar kesucian agama Islam, atau atas tuduhan menghina Raja-Raja Melayu yang memayungi Islam. Mereka juga boleh dituduh menghasut perpecahan kaum kerana jelas ini satu tindakan provokasi yang mahu umat Islam bertindak balas, jika orang Melayu bertindak ‘kasar’ tentu mereka juga akan balas sama," ujarnya.
Beliau melihat soal buta sejarah termasuk ‘Keluhuran Perlembagaan’ dalam Rukun Negara dalam kalangan orang bukan Melayu yang gagal menghayatinya menyebabkan pengorbanan orang Melayu memberi kerakyatan kepada mereka tidak dibalas seperti dijanjikan.
“Muafakat antara kaum juga semakin terhakis apabila bukan Melayu mula menolak Islam sebagai agama Persekutuan, hak istimewa Melayu bumiputera dan asas kontrak sosial lain seperti yang dijanjikan sebelum merdeka.
“Sistem pendidikan kita sememangnya gagal didik orang bukan Melayu mengenai asas-asas ini khususnya toleransi, muafakat dan pengorbanan antara kedua-dua belah pihak," dakwanya.
Khairul Anwar melihat penghinaan terhadap Islam, khususnya oleh golongan muda satu cerminan sikap kurang ajar untuk menafikan siapa tuan punya bumi bertuah ini, apatah lagi selepas Melayu gagal ‘dijatuhkan’ pada pilihan raya lalu.

© Utusan Melayu (M) Bhd