Ketua Penerangannya Datuk Reezal Merican Naina Merican (gambar) berkata
kerajaan negeri pimpinan PAS itu sepatutnya berusaha memelihara bangunan
warisan sejarah Islam di negeri itu dan bukan memusnahkannya demi
tujuan komersial.
“Perkembangan itu sangat membimbangkan semua pihak dan ia menunjukkan
seolah-olah kerajaan negeri Kedah tidak tahu menilai sejarah kedatangan
Islam ke negara ini,” katanya kepada pemberita selepas majlis Anugerah
Kecemerlangan 2011 Sekolah Kebangsaan (SK) Bertam Indah di sini hari
ini.
Terdahulu, Reezal dan bekas Perdana Menteri, Tun Abdullah Ahmad
Badawi menyampaikan sijil dan hadiah kepada 288 murid Tahun Enam SK
Bertam Indah yang mencatat keputusan cemerlang dalam Ujian Pencapaian
Sekolah Rendah (UPSR).
Sementara itu, Reezal Merican berkata Pemuda Umno Kepala Batas sedang
menganjurkan program gunting rambut secara percuma di sekolah berkenaan
mulai semalam hingga 3 Jan depan.
Katanya program itu sebahagian daripada usaha Pemuda Umno
mengurangkan beban kewangan ibu bapa menyediakan persiapan sekolah anak
masing-masing.
“Kita harap ibu bapa sekitar Parlimen Kepala Batas boleh menghantar
anak mereka ke SK Bertam Indah ini untuk menggunting rambut dan khidmat
ini disediakan percuma,” katanya.
Beliau berkata usaha itu diharap dapat mengurangkan beban ibu bapa
dan wang yang sepatutnya dikeluarkan untuk menggunting rambut itu boleh
digunakan untuk perbelanjaan lain.







0 comments:
Post a Comment