Daripada Abu Hurairah ra bahawa Rasulullah SAW bersabda yang
maksudnya: “Jika ada sepuluh orang Yahudi beriman dengan ku, tidak akan
tinggal di atas bumi seorang Yahudi pun melainkan ia memeluk Islam.” –
al-Bukhari dan Ibnu ad-Dhirris
Orang-orang Yahudi adalah terkenal dengan sifat sombong, angkuh dan
keras hati. Mereka tidak akan ‘pernah’ redha dengan umat Islam
sebagaimana firman Allah SWT yang maksudnya : “Orang-orang Yahudi dan
Nasrani tidak akan senang kepada kamu hingga kamu mengikuti agama mereka
(yang telah terpesong itu).” (al-Baqarah: 120)
Ahli agama mereka selalu menyembunyikan kebenaran seperti yang
disebut dalam al-Quran maksudnya: “Orang-orang (Yahudi dan Nasrani) yang
telah Kami berikan al-Kitab mengetahui serta mengenalinya (Nabi
Muhammad dan kebenarannya) sebagaimana mereka mengenali anak-anak mereka
sendiri. Dan sesungguhnya.. sebahagian
daripada mereka berusaha menyembunyikan kebenaran itu, sedangkan mereka
mengetahui (salahnya perbuatan tersebut).” (al Baqarah: 146) Dengan
perkataan lain, mereka menyembunyikan sifat-sifat nabi SAW yang ada
dalam kitab mereka daripada pengetahuan manusia padahal mereka
mengetahui akan hakikatnya. Begitu juga mereka telah menghalalkan yang
haram dan mengharamkan yang halal.
Di kalangan orang Yahudi ini ada yang pernah menyihir Nabi SAW
bernama Lubaid bin al- A’som dari Bani Zuraiq.” Seorang wanita Yahudi
juga pernah mengkhianati Nabi SAW dengan menghidangkan daging kambing
beracun. Hingga membunuh sekalipun bukanlah perkara asing dalam sejarah
umat Yahudi.
Sejak dahulu lagi bangsa Yahudi tidak pernah mengenal mangsa sama ada
bayi, kanak-kanak, remaja, lelaki, wanita walhal Nabi dan Rasul. Mereka
akan membunuh siapa sahaja tanpa perasaan belas kasihan dan simpati.
Contohnya Nabi Zakaria dan Nabi Yahya telah dibunuh oleh mereka dan
mereka juga menyangka bahawa mereka telah berjaya membunuh Nabi Isa.
Tetapi sebenarnya tidak. Betapa sungguh zalim dan keji sifat Bani Israel
ini.
Allah SWT telah berfirman yang bermaksud: “Orang-orang kafir Yahudi
dari Bani Israel telah dilaknat (di dalam kitab Zabur dan Injil) melalui
lidah Nabi Daud dan Nabi Isa ibni Maryam. Yang demikian itu disebabkan
mereka ‘menderhaka’ dan ‘selalu menceroboh.” (al-Maidah :78)







0 comments:
Post a Comment