Pages

drbaganserai.blogspot.com

MASJID JAMEK DAERAH BAGAN SERAI.

BUKIT MERAH LAKETOWN RESORT.

Ban Pecah, Tanjung Piandang,Perak.

Photo By Hazman Hashim.

Kuala Gula,Perak.

Photo by cm yong.

Sunday, January 8, 2012

Hasan Ali dipecat daripada Pas


 

08/01/2012 5:41pm

SHAH ALAM — Pengerusi Jawatankuasa Tetap Hal Ehwal Islam, Adat-Adat Melayu, Infrastrukur dan Kemudahan Awam Selangor, Datuk Dr. Hasan Mohamed Ali dipecat sebagai ahli Pas berkuat kuasa serta merta.
Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dalam satu kenyataan yang disiarkan dalam laman web organ parti itu, HarakahDaily hari ini berkata, keputusan memecat Dr. Hasan dibuat pada mesyuarat Pas Pusat di Kuala Lumpur hari ini berdasarkan Fasal 82(9).
Abdul Hadi berkata, keputusan itu dibuat berdasarkan tindakan-tindakan Dr. Hasan yang menyalahi dan merugikan kepentingan parti sebagaimana yang diperuntukkan dalam Perlembagaan Pas.
Katanya, keputusan itu diambil setelah mempertimbangkan segala pandangan yang diberikan oleh Ahli-ahli Jawatankuasa Pas Pusat dalam mesyuarat itu. — BERNAMA